Bengkel Videografi: Tidak Pasti Jangan Kongsi
11 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 10 Jun 2017, Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi telah mengadakan Bengkel Videografi untuk penghasilan video Pendek “Tidak Pasti Jangan Kongsi” di mana pelajar terutama dari sekolah menengah telah didedahkan dengan laman web “Sebenarnya.My” yang membuktikan segala kisah atau maklumat palsu yang disebarkan oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab. Peserta juga di tayangkan setiap video yang mengandungi cara-cara bertindak jika terdapat maklumat palsu dan petugas memberi penerangan dan contoh kepada peserta.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
• Memberi pendedahan tentang Kegunaan aplikasi dalam dunia digital.
• Mendedahkan lagi laman web untuk mencari kesahihan maklumat.
• Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Ppr Tmn Sri Wangi.
• Merapatkan hubungan Pusat Internet 1Malaysia dan penduduk sekitar.
• Menyedarkan kepentingan menimba ilmu teknologi dalam zaman digital ini.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
• Peserta diberikan tugasan dan tunjuk ajar dari petugas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: